Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Cakap Banyak Tak Guna....

Selasa, 20 Julai 2010

masa bercakap dah tiba...

kau cakaplah dulu
eh..apa aku pulak? kau lah cakap dulu
ish....mana boleh aku cakap dulu,
kau kan selalu bercakap aku mana biasa bercakap
nak cakap apa?
cakap saja apa-apa..
mana lah aku tahu nak cakap apa...
cakap selalu bercakap, kenapa tak cakap?
aku malas nak bercakap..

pulak? sudahnya siapa yang nak bercakap?

diam.....

0 Caci Maki:

Catat Ulasan