Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Pohon Takdir Di Laman Waktu

Sabtu, 10 Julai 2010

pohon takdir di laman itu
kekeringan baja waktu

dedaun nyawa pun mula berguguran
kadang lebat dek goncangan tanah yang menggigil
kadang terbuang dihembus angin membadai

apalah daya tangan kecil ini
menolak sangkakala sebesar luar akal...

0 Caci Maki:

Catat Ulasan