Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Pelali

Jumaat, 27 Mei 2011

dalam gelap kabus berimbun
satu.....dua....wajah hampir dalam emosi duka


lihat ke dalam mataku dan cari makna dalam hati
tebak sejauh kau mahu
kau renung terus ke lopak hati ku, lihat musnahnya keakuanku


mari ke mari
hampiri aku, ubati jiwaku
beri aku sedikit erti

0 Caci Maki:

Catat Ulasan