Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Love Anthem

Rabu, 20 Julai 2011

kalau sejuta itu bukti banyaknya jumlah
maka kau dalam hidupku lebih dari itu

masin sampai tak tertelan aku air laut itu
kalau kau di depanku, ia lebih manis dari kurma

keras meletung sekalipun batang kelapa
jauh lebih sedap dari lamb chop kalau kau tukang masaknya

buruk rupa hodoh yang amat sekalipun aku
terasa aku lelaki paling kacak di dunia, kalau cintaku kau terima

*aku kira aku belum cukup romantis untuk kamu, tapi kalau kau terima ini sebagai ayat cintaku, maka aku rasa aku sudah cukup hebat untuk jadi SHAKESPEARE alaf baru....teruja~~~~

2 Caci Maki:

ghost writer berkata...

yach,beda amat dengan ayat-ayat romantis yang lain gan..gua suka!kalau ini yang menjadi perantara kepada curhat,pasti rinding romanya.tidak bertangguh bagi seorang jejaka yang mengimpikan suatu yang sederhana tapi mampung menaikkan ghairah wanita pada cintamu.

aku suka yang biasa.untuk cinta tidak dilebihkan.rasanya sudah cukup enak.

Karl Kazat berkata...

thanks...

Catat Ulasan

Kata-Dasar-Hati-Kazat

- Aku percaya setiap dari kita punya takdir sendiri.Kuasa bukan di tangan manusia, kerana dunia ini adalah penjara kecil terindah ciptaan Ilahi -

Hak Gua - Bukan Utk Diciplak


Kalau mahu diambil, mohon keizinanku...tapi kalau lu malu....kreditkan namaku, supaya kredit ku tak habis...
© KARL KAZAT