Warkah Usang
Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.
Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.
menajamkan mata kearahnya
buat aku diam tak berpaling
dan di setiapnya itu aku rasa cinta
dari seorang hamba buat sang puteri
dan pada pandangan itulah
buat aku mahu beraja di hatinya
pada kata pertama aku kerat sebelah hatiku
dan aku hulurkan padanya untuk disimpan
sampai datangnya mati
dari tangannya yang menghulur terima
kepada tangannya itu juga aku sarung manis tanda
janji dua jiwa
melompat terbang ke syurga
Notis Hak Cipta Terpelihara
© KARL KAZAT
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada nukilan di sini perlu mendapat izin daripada KARL KAZAT. Ataupun, sila berikan kredit bahawa anda mengambil mana-mana nukilan atau karya tersebut dari Blog KARL KAZAT ini. Terima kasih.
0 Caci Maki:
Catat Ulasan